Bermula pada awal tahun 2004 dengan penyertaan hanya 30 orang perserta didaftarkan di bawah Badan Operasi Tumpat. Hanya seramai 19 orang sahaja berjaya mendapat anugerah gangsa pada akhir tahun 2004. Sehingga tahun 2010 seramai 125 orang lelaki dan 286 perempuan telah menerima pingat gangsa manakala 31 orang lelaki dan 89 perempuan orang penerima perak.
SMK Dato' Biji Wangsa dipilih menjadi sekolah contoh oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malysia berdasarkan penyertaan aktif dan berterusan dalam program anugerah ini dan berjaya menghasilkan ramai penerima anugerah menerusi Badan Operasi Tumpat.
Pada awal tahun 2009 SMK Dato' Biji Wangsa telah memohon menjadi Badan Operasi sendiri dengan nama Badan Operasi ARPRM Pengakap Daerah Tumpat. Mulai tahun 2010 Badan Operasi Pengakap Tumpat memulakan pendaftaran peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
SMK Dato' Biji Wangsa melihat pelaksanaan program ini di sekolah sebagai satu peluang untuk membantu pelajar meningkatkan lagi markah ko kurikulum dan dalam jangka masa panjang melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam masyarakat. Program ini dapat dilaksanakan melalui satu perancangan tersusun di peringkat sekolah
No comments:
Post a Comment